Monday, April 13, 2009

Apa yang harus ku lakukan...

Jack rasa tentu anda semua ada orang yang disayangi kan???Alhamdullilah...Jack pun tak kurang jugak dengan anda semua.Ada seorang insan yang sudah berjaya mencuri hati Jack...Tetapi jack pun kurang mengerti mengapa banyak sangat rintangan dan halangan yang jack harus tempuhi sehinggakan jack hampir berputus asa.Hampir berputus asa dengan keadaan yang melanda diri jack sendiri dikala ini.Sepanjang hidup jack,tak pernah jack menghadapi situasi yang sangat memilukan seperti apa yang jack alami sekarang.Masalah yang timbul bukan dari diri jack atau pun insan yang telah berjaya mencuri hati jack ini,tetapi daripada keluarga jack sendiri.Jack tidak dapat menafikan bahawa jack amat menyayangi insan ini.Amat sukar bagi jack mencari jalan penyelesaian buat masa sekarang.Hanya berdoa dan meminta pertolongan darinya sahaja yang jack tidak pernah tinggalkan,kerana jack percaya sesukarmana pun cabaran dan dugaan yang diturunkan pada jack pasti dia akan membantu kembali asalkan kita terus meminta kepadanya.Kebuntuan yang jack alami ni amat menyiksakan diri jack...Apa yang perlu jack lakukan lagi...

Monday, April 6, 2009

Ujian...

Dalam hidup ni macam-macam yang kita kena tempuh...Jack pun tak kurang dengan masalah yang membelenggu dalam diri ni.Susah nak difikirkan dengan akal manusia yang terhad ini jika nak dibandingkan dengan Kuasanya.Ujian demi ujian diturunkan kepada kita supaya kita terus patuh kepada suruhannya...paling penting sekali walau apa pun yang berlaku kita kena kembali kepada asasnya iaitu Allah swt...Jack hanya ingin mengingatkan khususnya kepada diri jack sendiri,pada blogers yang lain renung-renungkan lah...